Buku ini membicarakan secara terperinci teori kesusasteraan Cina tradisional dengan menggunakan metodologi Barat sezaman, dan merupakan buku yang pertama dalam sebarang bahasa yang menganalisis teori tersebut dalam satu kerangka konseptual yang baru. James J.Y. Liu, memberi fokus terhadap teori tentang ciri dan fungsi sastera Cina. Corak karyanya bersifat analitikal dan hermeneutikal terutamanya, walaupun juga bersifat sejarah, dan karya ini membuka satu bidang pengkajian baru kepada para sarjana sastera. Buku ini merupakan teks kajian ilmiah dan buku rujukan para pelajar di institusi pengajian tinggi, khususnya bagi mereka yang membuat pengkhususan dalam bidang sastera Bandingan dan Pengajian Cina.
Showing posts with label Publications (Translation). Show all posts
Showing posts with label Publications (Translation). Show all posts
Monday, December 22, 2008
Teori Kesusasteraan Cina
Buku ini membicarakan secara terperinci teori kesusasteraan Cina tradisional dengan menggunakan metodologi Barat sezaman, dan merupakan buku yang pertama dalam sebarang bahasa yang menganalisis teori tersebut dalam satu kerangka konseptual yang baru. James J.Y. Liu, memberi fokus terhadap teori tentang ciri dan fungsi sastera Cina. Corak karyanya bersifat analitikal dan hermeneutikal terutamanya, walaupun juga bersifat sejarah, dan karya ini membuka satu bidang pengkajian baru kepada para sarjana sastera. Buku ini merupakan teks kajian ilmiah dan buku rujukan para pelajar di institusi pengajian tinggi, khususnya bagi mereka yang membuat pengkhususan dalam bidang sastera Bandingan dan Pengajian Cina.Sejarah Ringkas Falsafah Cina
Sejarah Ringkas Falsafah Cina merupakan sebuah babad pemikiran Cina bermula daripada para raja-pendeta alaf ketiga sehingga kepada penggulingan sistem monarki tertua di dunia dalam 1911. Buku ini menjelaskan aliran Konfusianisme dan Taoisme yang paling lazim dikenali, dan ia memaklumi pembaca dengan Mohisme, Yin-Yang, Legalisme, Neo-Taoisme, Neo-Konfusianisme, dan pengenalan falsafah Barat. Penyesuaian daripada karya agung Dr. Fung yang berjudul History of Chinese Philosophy ini membekali para penggemar falsafah dan para pelajar pengajian Asia pada semua peringkat dengan sebuah jendela khusus bagi memandang ke dalam ideologi dan falsafah Cina dahulu kala dan semasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)