Thursday, July 12, 2012

Friedrich Wilhelm August Fröbel (1782 - 1852) dan Konsep Tadika


Friedrich Fröbel, merupakan seorang ahli pendidikan Jerman. Beliau terkenal kerana mempelopori “sistem tadika” dan konsep permainan dalam alam pendidikan. Beliau mempunyai latar belakang kanak-kanak yang tidak begitu indah. Ibunya meninggal sewaktu beliau masih seorang bayi, dan bapanya seorang paderi, meninggalkannya bagi mengikuti ajaran agamanya. Beliau dibesarkan dengan rasa cinta kepada alam semula jadi dan kepercayaan Kristian yang kuat. Latar belakang tersebut dikatakan mempengaruhi pokok pemikirannya tentang pendidikan. Beliau berusaha mencari dan menggalakkan kesatuan dalam kesemua benda. Menurutnya:

The purpose of education is to encourage and guide man as a conscious, thinking and perceiving being in such a way that he becomes a pure and perfect representation of that divine inner law through his own personal choice; education must show him the ways and meanings of attaining that goal. (Friedrich Fröbel, Die Menschenerziehung, 1826, hal. 2)

Kepentingan Friedrich Fröbel yang berkekalan adalah pembentukannya tentang sistem tadika dengan memberi penekanan terhadap permainan dan penggunaan “gifts” (bahan permainan) dan  occupations (kegiatan). Beliau mempercayai bahawa manusia pada dasarnya produktif dan kreatif – dan pengisiannya diperoleh dengan mengembangkan kesemua bakat ini supaya berharmoni dengan Tuhan dan dunia. Sebagai keputusannya, Fröbel menggalakkan penciptaan persekitaran pendidikan yang melibatkan kerja-kerja praktis dan penggunaan material atau bahan secara langsung. Melalui persemukaannya dengan dunia atau alam, maka sesuatu pemahaman dapat ditemui. Melalui kepentingan permainan, iaitu sejenis aktiviti kreatif, kanak-kanak menjadi sedar akan kedudukan mereka dalam dunia yang didiami mereka. Keprihatinan utamanya adalah mengajar kanak-kanak melalui permainan pendidikan dalam keluarga. Pada waktu akhir-akhir hidupnya, hal ini menjadi semakin dihubungkaitkan dengan tuntutan terhadap pusat-pusat khusus bagi penjagaan dan perkembangan kanak-kanak di luar rumah. Sumbangan Fröbel dalam hal ini jelas bermanfaat sampai hari ini. Perkataan “Kindergarten” dalam bahasa Inggeris hari ini secara etimologinya diambil daripada bahasa Jerman yang terbit daripada idea Fröbel tersebut.


No comments: